17/01/2008 4:22pm
KUALA LUMPUR 17 Jan. – Polis percaya Sharlinie Mohd. Nashar, 5, yang diculik di Taman Medan, Petaling Jaya sejak seminggu lalu masih berada di dalam negara.
Bagaimanapun, polis tidak menyatakan sebarang bukti-bukti kukuh untuk menguatkan hujah mereka itu.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Ismail Omar berkata, ini kerana polis masih menjalankan siasatan rapi dan melihat dari pelbagai sudut untuk memburu dan mengesan penjenayah terlibat.
“Sehingga kini polis belum mendapat petunjuk baru dalam misi memburu penculik dan mengembalikan kanak-kanak itu kepada keluarga.
“Kita juga melakukan siasatan menyeluruh termasuk memeriksa kawasan dan lokasi perumahan terbiar di sekitar Lembah Kelang, namun tiada bukti untuk dikaitkan tetapi kita percaya Sharlinie selamat dan berada di negara ini ,”katanya
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kenderaan Balai Polis Bergerak (MPS) di Kelab Golf Seri Selangor di Kota Damansara, di sini hari ini.
1 comment:
hm... polis percaya gitu je ke? lain2 tindakan? huhuhu my sister... risau beb
Post a Comment