Friday, February 29, 2008

Maklumat terhad tidak halang cari Sharlinie

KUALA LUMPUR 28 Feb. - Misi polis mencari Sharlinie Mohd. Nashar, 5, yang masuk hari ke-51 masih lagi diteruskan walaupun hanya bergantung kepada maklumat yang terhad mengenai kanak-kanak itu dan penculiknya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pihak polis akan sentiasa menganalisis segala maklumat yang diyakini dapat membantu dalam misi pencarian Sharlinie.

"Kami tidak boleh dedah setiap maklumat tetapi akan kenal pasti kesahihan dan menganalisisnya sebelum ambil tindakan termasuk informasi mengenai lokasi kanak-kanak itu disembunyikan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sharlinie dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan pulang bersama kakaknya, Sharliena, 8, dari padang permainan kira-kira 200 meter dari rumah mereka di Taman Medan, Petaling Jaya pada 9 Januari lalu.

Sementara itu, bapa Sharlinie, Mohd. Nashar Mat Hussain, 29, berkata, beliau masih lagi menerima panggilan memberi maklumat daripada orang ramai berkaitan lokasi yang dipercayai tempat anaknya disembunyikan.

"Pun begitu, berbanding sebelum ini, maklumat yang diterima kebelakangan ini semakin kurang.

"Kami terima maklumat daripada bomoh yang beri beberapa nama lokasi tetapi maklumat tersebut tidak tepat," katanya ketika dihubungi.

Beliau berharap orang ramai dan pihak polis tidak berputus asa memberi maklumat dan mencari anaknya yang hilang sudah lebih sebulan.

3 comments:

alhududullah said...

Khabarnya maklumat yang diperolehi menggunakan kaedah nombor oleh pakar matematik berkenaan adalah hampir 100 peratus tepat. Adakah sesiapa tahu apakah maklumatnya? Mungkin kita boleh berkongsi atau menilainya?

alhududullah said...

Khabarnya maklumat yang diperolehi menggunakan kaedah nombor tu hampir 100 peratus tepat. Adakah sesiapa tahu apa maklumatnya?

mafizah said...

macam citer Num3er plak